22 March 2013

Tips Kurangkan Paras Kolestrol Tinggi


SOALAN :

Selepas pemeriksaan, kolesterol darah saya didapati berada pada tahap tinggi. Kini saya sedaya upaya memilih makanan sihat. Selain itu apakah nasihat untuk mereka yang mengalami kolesterol tinggi?


JAWAPAN


Masalah kolesterol tinggi bukanlah penyakit tetapi memberi komplikasi yang digeruni iaitu meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok. Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri. Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal, aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti.

Bagi mereka yang ingin mengurangkan paras kolesterol, perubahan dari segi gaya hidup dan cara pemakanan harus dilakukan, seperti:


  • * Mengurangkan berat badan sekiranya anda bermasalah dengan berat berlebihan. Untuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan, kita perlu menggunakan kalori berlebihan daripada makanan dan mengurangkan pengambilannya mengikut jumlah yang diperlukan. Ini kerana apabila pengambilannya melebihi daripada tenaga yang digunakan, kalori berlebihan akan ditukar kepada lemak dan mengakibatkan pertambahan berat badan.
  • * Bersenam secara tetap (sekurang-kurangnya 30 minit senaman tahap sederhana, sekurang-kurangnya 5 kali seminggu) boleh mengurangkan kolesterol total dan kolesterol berbahaya (LDL) serta meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • * Merangkumi buah-buahan dan sayuran dalam hidangan harian (5 hidangan sehari) didapati boleh meningkatkan kolesterol HDL
  • * Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok memandangkan merokok boleh merendahkan kolesterol HDL
  • * Memperbaiki cara pengawalan stres juga sangat dicadangkan.

  • Semenjak tahun 70-an, red yeast rice didapati berkesan untuk merendahkan LDL, trigliserida dan kolesterol total. Walau bagaimanapun, pilihlah red yeast rice yang dipiawaikan kandungan ekstraknya berbanding dengan yang tidak dipiawaikan yang sukar untuk diramal.

  • Red yeast rice terhasil daripada fermentasi beras dengan yis merah, yang memberikan warna merah gelap kepada nasi. Ia mengandungi monacolin yang menghalang aktiviti enzim HMG-CoA reductase yang terlibat dalam penghasilan kolesterol dalam tubuh. Dalam ujian ke atas 502 orang pesakit hiperlipidemia, ia didapati dapat menurunkan 17 peratus kolesterol total. Secara purata Kolesterol LDL diturunkan sebanyak 24.6 peratus dan serum trigliserida 19.8 peratus. HDL kolesterol meningkat sehingga 12.8 peratus dalam kumpulan rawatan.

  • Selain itu, vitamin E tokotrienol juga didapati memberi manfaat dalam mengurangkan paras kolesterol total dan jantung secara keseluruhannya.
VITAMIN SHAKLEE YANG BANTU KURANGKAN KOLESTROL

  • VIVIX
  • LECITHIN
  • OMEGA GUARD
  • GARLIC
  • VITA E
  • ALFALFA
  • VITA C PLUS
  • GLA COMPLEX
  • COQHEALTH

sumber :

#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :

Munirah Hazam
Pengedar Shaklee Utara - Kedah (Sungai Petani, Gurun, Jeniang, Bukit Selambau, Kuala Ketil)
Email : munirah.hazam at gmail.com
Sms/Whatsapp : 019-5768 456
Page : Munirah Hazam
FB : Munirah Hazam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...